Wednesday, 18 June 2014

~ PAIS TEMPOYAK PATIN ~

~ PAIS TEMPOYAK PATIN ~
Resepi : Ash Rieda Wardah 


  • Bahan~bahan :

  1. 1 ekor ikan patin ( ikan lain pun xpe  ).. KaLo patin buang kepala 
  2. 1 ikat daun kesum ( asingkan dari tangkai )
  3. 1 heLai daun kunyit ( mayang nipis )
  4. 1 cawan tempoyak **
  5. 15 - 20 biji ciLihaLus **
  6. 1 inci kunyit hidup **
  7. 2 batang serai ( mayang nipis ) **
  8. GuLa secukup rasa 
  9. Garam secukup rasa 
  10. Sedikit serbuk perasa ( abaikan kaLo xsuka )


  • Cara masak : 

  1. - Tumbuk bahan bertanda ** .. ( Tumbuk kunyit dan ciLihaLus diikuti serai pastu tempoyak )
  2. - Masukkan guLa ,garam dan serbuk perasa 
  3. - Masukkan daun kunyit .. GauL sebati
  4. - AmbiL ikan dan bubuh atas daun pisang yg diaLas dengan Aluminium foiL 
  5. - Letak bahan tumbuk tadi baLut ikan dan tabur daun kesum 
  6. - Bungkus macam nak buat Lepat pisang 
  7. - Panaskan kuaLi ( bagi yg tak guna oven ) ..Guna api kecik pastu tutup kuaLi dengan tutup periuk ..SIAPPPPP..


~ SAMBAL MALATOPS ~

~ SAMBAL MALATOPS ~
Resepi : Ash Rieda Wardah



  • Bahan~bahan:
  1. 1 mangkuk biLis 
  2. 10 uLas bawang merah **
  3. 1 Labu bawang besar **
  4. 30 biji ciLihaLus **
  5. 1 inci beLacan ** 
  6. Sedikit air asam jawa
  7. GuLa secukup rasa
  8. Sedikit serbuk perasa

  • Blend bahan bertanda ** ( guna air padan~padan bahan nak bLend je ..Jangan banyak sangat )

  • Cara masak :
  1. - Panaskan kuaLi . Masukkan minyak untuk menggoreng biLis 
  2. - Da garing dan rangup , angkat dan toskan 
  3. - DaLam kuaLi yang sama masukkan bahan bLend
  4. - Tumis hingga naik bau 
  5. - Masukkan air asam jawa dan gula secukup rasa
  6. - Masukkan serbuk perasa ( abaikan jika xsuka)
  7. - Tumis Lagi hingga bahan garing 
  8. - Da garing dan pekat masukkan biLis goreng tadi
  9. - Kacau Lebih kurang 5 minit angkat

~ SAMBAL IKAN TONGKOL NASI LEMAK ~

~ SAMBAL IKAN TONGKOL NASI LEMAK ~
Resepi : Ash Rieda Wardah


  • Bahan~bahan kukus :
  1. 1 kiLo ikan tongkoL ( bersih dan toskan )
  2. 2 inci Lengkuas 
  3. 5 keping asam keping 
  4. 1 keping nisang ( guLa meLaka )
  5. 1 camb garam kasar 
  6. 1 Liter air ( agak biar tenggeLam ikan sebab air kukusan ikan berfungsi utk kuah sambaL

  • #Kukus bahan di atas hingga kuah sebati daLam ikan. Pastikan ade Lebihan kuah daLam periuk

  • Bahan untuk sambaL :
  1. 3 Labu besar **
  2. 1 inci haLia **
  3. 15 - 20 biji ciLihaLus **
  4. 500 gm pes ciLikering
  5. Sedikit air asam jawa
  6. sedikit beLaccan 
  7. 1 1/2 keping nisang ( guLa meLaka )
  8. Serbuk prasa 
  9. Garam secukup rasa 
  10. 2 heLai daun pandan
  11. 3 camb pati santan 
  12. 1 inci beLacan

  • Cara Masak SambaL :
  1. - Panaskan kuaLi . Masukkan bahan bLend dan tumis hingga garing 
  2. - Masukkan pes ciLikering dan kacau bagi sebati dan tumis Lagi hingga pecah minyak 
  3. - Masukkan pes air asam jawan yg dibancuh dengan beLacan
  4. - Da sebati masukkan bahan kukusan sekaLi dengan air kukusan tadi..
  5. - Kacau Lagi . masukkan nisang,garam dan serbuk perasa serta daun pandan
  6. - Kacau dan tumis Lagi hingga pecah minyak
  7. - Da pecah minyak keciLkan api..
  8. - Masak lagi sekurangnya 1 1/2 jam bagi pekat .. kaLO pekat sangat tambah sedikit air ... sekurangnya 2 - 3 jam msak 
  9. - Da pekat masukkan pati santan

~ Chicken Chop siap diperap aLa Ayam bbQ ~

~ Chicken Chop siap diperap aLa Ayam bbQ ~
Resepi : Ash Rieda Wardah


  •  ( utk 9 ketuL ayam C.Chop )
  • Bahan Perap :
  1. 1 cawan bLackpepper sauce
  2. 1 cawan sos tiram
  3. 1/3 kicap pekat
  4. 1/3 kicap manis
  5. 1/2 cawan blackpepper ( bLend kasar )
  6. 7 uLas bawang putih ( ketuk )
  7. 5 camb madu
  • Bancuh kesemua bahan di atas dan gaul ayam chicken chop dan perap sekurangnya 5 jam

~ Nasi Daging ~

~ Nasi Daging ~
Resepi : Ash Rieda Wardah


  • Bahan~bahan :
  1. 1 kiLo daging ( potong macam nak masak rendang . Rebus dengan haLia hingga daging empuk.. Pastikan air lebihan daging cukup untuk nasi )
  2. 6 cawan beras basmathi ( rendam 10 - 15 minit . Toskan )
  3. 7 cawan air rebusan daging
  4. 1 cawan susu cair
  5. Rempah 4 sekawan
  6. 2 Labu bawang besar ( mayang )
  7. 1 inci haLia ( mayang )
  8. 3 uLas bawang putih ( mayang )
  9. 4 camb minyak sapi
  10. 2 camb rempah nasi daging 
  11. Sedikit kismis
  12. 3 heLai daun pandan 
  13. 2 batang serai ( ketuk )
  14. 1 tin tomato sup 

  • Cara masak :
  1. - Panaskan periuk. masukkan sedikit minyak masakdan minyak sapi 
  2. - Masukkan rempah 4 sekawan diikut bahan mayang ( bawang dan haLia )
  3. - Tumis hingga naik bau
  4. - Masukkan rempah nasi daging 
  5. - Masukkan puLa air rebusan daging,tomato sup,susu cair dan daging.. Dah mendidih angkat dan msukkan daLam rice cooker
  6. - Masukkan daun pandan ,garam dan sedikit serbuk perasa jika suka.
  7. - Da mendidih masukkan beras dan kismis 
  8. - biar hingga nasi kering 
  9. - Da masak gemburkn nasi

Friday, 16 May 2014

~ UMAI UDANG ~

~ UMAI UDANG ~
Resepi : Ash Rieda Wardah



  • Ingredients :
  1. 1 kilo udang saiz kecik ( kalo besar potong dadu ) ( dibuang kulit dan dipotong 2 )
  2. Sedikit cuka ( untuk perap udang bagi masak )
  3. 1 labu bawang besar ( potong cecincin )
  4. 7 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi best ..potong cecncin )
  5. 20 biji cili halus ( lagi banyak lagi sedap.. potong kecik )
  6. 10 biji limau nipis ( diperah aernya )
  7. 1 camt air asam jawa
  8. 1 camb gula
  9. 1/2 camt garam halus
  10. sedikit serbuk perasa

  • Method :
  1. Udang yang dibuang kulit dipotong 2 atau dadu dan dibersihkan.. Bubuh dalam satu mangkuk besar.
  2. Masukkan cuka ikut sukatan udang (mudah skit nak oyak ).
  3. Perap dalam 10 - 15 minit..Lepas tu buang aer cuka tadi.. Lepas tu masukkan aer perahan limau nipis,bawang besar/bawang merah,cili potong,gula,garam dan serbuk perasa..Kacau bagi mesra seia sekata sehati sejiwa gitu..hahaha.. Last skli masukkn air asam jawa.

:: NASI GORENG IKAN ::

:: NASI GORENG IKAN ::
Resepi : Ash Rieda Wardah 



  • Bahan~bahan:
  1. 4 cawan nasi
  2. 2 ekor ikan kukus ( ikan selayang xpe..hancurkan )
  3. 10 biji ciLihalus **
  4. 4 uLas bawang merah **
  5. 2 uLas bawang putih **
  6. 3 camb air kukusan ikan
  7. 1 camt garam halus
  8. 1 camt pes cilikering
  9. serbuk perasa
  10. sedikit kobis manis

BLend bahan bertanda **

  • Cara masak :
  1. - Panaskan kuaLi
  2. - Masukkan 2 camb marjerin
  3. - Tumis bahan bLend hingga naik bau
  4. - Masukkan garam dan serbuk perasa
  5. - Masukkan ikan
  6. - Masukkan nasi dan sayur
  7. - Kacau hingga sebati dan betuL~betuL masak

## Nasi goreng kaLo nak sedap guna kobis manis. SeeLokny jgn guna sawi sbab air sawi akan turun dan merubah rasa nasi..Tapi xde masalah..Ni petua saya je.. Saya kaLo buat nasi goreng..tak kira La nasi goreng apa..saya mng guna kobis manis dan carrot.. Dan se Lagi saya mng x msuk KICAP daLam sume jenis nasi goreng saya.Sebab kicap pun boLeh merubah rasa sebenar jenis nasi greng.